Pasukan forum SM Kuen Cheng berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan Forum Pelajar Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina 2025 (zon C). Ahli forum Toh Carys turut dinobatkan sebagai Ahli Forum Terbaik.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN). Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa menjadi tuan rumah.

Pasukan Kuen Cheng membentangkan tajuk “Lambakan Produk Kesihatan Masa Kini” di bawah tema kesihatan. Pasukan terdiri daripada pengerusi Chloe Loh Yun Fay dan ahli forum Le Pei Xuan, Ho Jia Yu, Toh Carys serta Yong Ee Jen. Kejayaan ini adalah hasil komitmen guru pelatih Cikgu Nor Haslida, Cikgu Siti Aisyah, Cikgu Suraida dan Cikgu Mazlina.